It is the policy of Century Chemical Works Sdn. Bhd. (CCWSB) to provide and maintain a safe and healthy workplace for our employees, service providers for products, services and processes, visitors, and interested parties who may be affected by our activities, with the aim of preventing work-related injury and ill health.
To achieve this commitment, we shall:
-
Establish, implement and continually improve our Occupational Safety and Health Management System in accordance with applicable ISO 45001 requirements.
-
Comply with all applicable legal and other occupational safety and health requirements.
-
Identify hazards, assess risks and opportunities, and implement appropriate measures to eliminate hazards and reduce occupational safety and health risks.
-
Provide appropriate resources, information, training, competency and personal protective equipment to ensure safe working practices.
-
Consult and encourage the participation of workers in matters affecting their occupational safety and health.
-
Promote a strong safety culture through good housekeeping, 5S, workplace ergonomics and safe working practices.
-
Maintain effective emergency preparedness and response arrangements and periodically test their effectiveness.
-
Monitor, audit and review our occupational safety and health performance and take appropriate corrective actions to achieve continual improvement.
-
Consider relevant climate-related issues where they may affect or be affected by our occupational safety and health Management System.
This Policy provides the framework for establishing our safety and health objectives. Top Management is committed to providing the leadership and resources necessary to implement this Policy and achieve continual improvement in our occupational safety and health performance.
Adalah menjadi polisi Century Chemical Works Sdn. Bhd. (CCWSB) untuk menyediakan dan mengekalkan tempat kerja yang selamat dan sihat bagi pekerja kami, pembekal-pembekal bagi produk, perkhidmatan dan proses, pelawat, serta pihak berkepentingan lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti kami ataupun terlibat dalam aktiviti kami, dengan matlamat untuk mencegah kecederaan tempat kerja.
Bagi mencapai komitmen ini, kami akan:
-
Mewujudkan, melaksanakan dan menambah baik secara berterusan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kami selaras dengan keperluan ISO 45001 yang berkenaan.
-
Mematuhi semua keperluan perundangan dan keperluan lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
-
Mengenal pasti bahaya, menilai risiko dan peluang, serta melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian untuk menghapuskan bahaya dan mengurangkan risiko keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
-
Menyediakan sumber, maklumat, latihan, kompetensi dan peralatan perlindungan diri (PPE) yang bersesuaian bagi memastikan amalan kerja yang selamat.
-
Berunding dengan pekerja dan menggalakkan penyertaan pekerja dalam perkara yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan mereka.
-
Memupuk budaya keselamatan yang kukuh melalui amalan tempat kerja yang bersih dan teratur, 5S, ergonomik tempat kerja serta amalan kerja yang selamat.
-
Mengekalkan persediaan dan tindak balas kecemasan yang berkesan serta menguji keberkesanannya secara berkala.
-
Memantau, mengaudit dan mengkaji semula prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta mengambil tindakan pembetulan yang bersesuaian bagi mencapai penambahbaikan berterusan.
-
Mengambil kira isu berkaitan perubahan iklim yang berkaitan sekiranya isu tersebut boleh memberi kesan kepada atau dipengaruhi oleh Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan kami.
Polisi ini memperuntukkan kerangka kerja bagi menetapkan objektif keselamatan dan kesihatan pekerjaan kami. Pihak Pengurusan Atasan berkomit untuk menyediakan kepimpinan dan sumber yang diperlukan bagi memenuhi polisi ini serta mencapai penambahbaikan berterusan dalam prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan kami.